Actually Fez'in Design ni di bawah naungan syarikat yang bernama IT Tech & PS Two iaitu salah sebuah kedai cybernet yg juga meliputi segala service yg berkaitan dengan komputer. Tokeh utamanya adalah En. Mohd Feizril Akmal b. Jamlus a.k.a Akmal yg merupakan lepasan Diploma Sains Komputer dr UPM. Beliau la yg usahakan bisnes ni selama setahun yg lalu walaupun secara kecil-kecilan. Inilah hasil titik peluh beliau....
Apa kene mengena IT Tech & PS Two ni dgn Fez'in Design ni plak ? Fez'in Design ni adalah hasil idea pemikiran wife beliau iaitu Pn. Rosnita binti Katan a.k.a Ita yang merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Ita ni bkn nye dari bidang graphic tp disebabkan minat, beliau try la bisnes ni secara sambilan yang mana merupakan bisnes yang dilakukan sendiri olehnya tanpa bantuan daripada mana2 pihak lain. Masa dolu2 Ita ni kununnya nak jadi Interior designer tetiba tergolek dalam bidang kira-kira lak. Hemm...maka masuklah dia di Accounting Fac kat UM tuh ha.
Tp bila dah ada peluang utk bisnes sendiri dan setelah diberikan mandat, maka Ita ni pun mulakan lah langkah pertama beliau dalam bidang graphic & printing neh. Bkn nye secara profesional..ingat yer bukan secara profesional !!!, cukup sekadar memenuhi keperluan penduduk setempat yg rata-ratanya berpendapatan rendah.
Dan inilah langkah2 awal yg beliau ambil untuk introduce produk beliau pd public, amnya di Malaysia khasnya di area Rembau, N. Sembilan.



Semalam 26hb. Nov 08, genaplah sebulan Fez'in Design bertapak dlm online bisnes ini. Masih banyak yang perlu dipelajari oleh pengasasnya. Diharap ceritera yg tidak seberapa ini dapat memberikan sedikit gambaran terhadap Fez'in Design ini dan anda dialu-alukan untuk memberi komen yg membina agar blog ini dapat diperbaiki.
Sekian...Salam Perkenalan
No comments:
Post a Comment